Apr 05 2010


TAKLIMAT SCHOOL IMPROVEMENT TOOLKIT (SIT) SEKOLAH RENDAH

Filed under Makluman

Salam/Selamat Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Taklimat School Improvement Toolkit (SIT) Sekolah Rendah akan dilaksanakan pada 8 April 2010 (Khamis) 8.30 pagi-4.30 petang di Bilik Kuliah, Bangunan Gunasama Persekutuan Kota Belud.

Sasaran taklimat adalah Guru Besar dan Guru Data. Kehadiran adalah wajib dan tidak boleh diwakilkan.

Sila bawa bersama laptop, wayar extension, data GPS UPSR 2005-2009, Keputusan Peperiksaan Akhir murid Tahun 5 (2009-2008), Instrumen Pemastian Standard (SKPM) dan Pelan Strategik Sekolah 2010.

Taklimat ini akan memberikan pendedahan dan latihan untuk mengisi maklumat di laman web www.moe.gov.my/nkra untuk tujuan pelaksanaan School Improvement Program (SIP).

Pihak sekolah boleh mengakses dan mengisi maklumat dengan melayari www.moe.gov.my/nkra dan log in dengan ID : PGB<kodsekolah> dan kata laluan : 12345678 atau kata laluan yang terkini sekiranya telah diubah.

Pihak sekolah perlu melengkapkan segala maklumat selewatnya pada 15 April 2010 (Khamis) 4.00 petang.

Kerjasama dan komitmen tuan amatlah dihargai.


No responses yet




Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply